Tuesday, September 10, 2013

Sahabatku Sayang


Sahabatku,
setelah sekian lama kita bersama,
tidak pernah terlintas untuk berpisah,
namun ia terjadi jua...

Sahabatku,
ku sapu air mata ini,
namun ia masih mengalir,
membasahi pipi mengiring suasana perpisahan kita...

Sahabatku,
coretan kenangan kita bersama
akan tetap mekar dan mewangi pada setiap 
musim hidupku,
Insya-Allah...

Sahabatku,
kuharap dirimu tidak akan sekali melupakan,
detik suka duka kita bersama,
pahatlah namaku dihatimu sahabat...

Sahabatku,
aku sayang padamu,
selamat tinggal sahabatku,
semoga ALLAH mempertemukan kita lagi..

~5 Sains SMK Tronoh~

Aduhai Wanita



Lembut wanita kerana senyumnya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya....